CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Macam Menarik...Cube Tekan Sini...

Umur Aku di Sini

Daisypath Happy Birthday tickers

JuSt Wait...SaVe The DaTe...

Lilypie Pregnancy tickers

Friday, October 12, 2012

Aku Terima Nikahnya

Bismillah.....



Alhamdulillah...dah hampir bape bulan aku bergelar seorang isteri kepada suami tercinta...saat lafaz dilakukan hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana isi hati seorang perempuan ini...saat dimana aku telah diikat dengan ikatan yang sah, aku hampir terkulai tapi ditahan rasa bahagia... semua ini takdir yang dah tertulis buat aku...bagi sesapa yang mengenali diri aku, dia akan tahu cerita di sebalik apa yang sudah berlaku...

Aku lahir menjadi seorang hamba Allah yang sangat lemah isi hati...tidak pernah jatuh cinta walau sesaat di alam persekolahan...tidak pernah kenal erti cinta waktu itu...hanya ku tahu semua itu adalah sahabat baik aku walaupun ada tika gosip-gosip melular lalu di telingaku mengatakan aku ada ikatan dengan seseorang...tapi hakikat hatiku masih kosong tika itu... aku hampir saja meminati seseorang lebih dari kawan, tapi Allah lagi sygkan aku, ditutupNya pintu hatiku ini rapat dari memberi pada orang yang belum tentu pasti milik aku... ahh...itu hanyalah alam persekolahan...dimana otak kanak2 dan otak remaja yang tak mengenal erti cinta lagi...masih buntu untuk mengisi hati dengan sesapa sekalipun...tak macam remaja sekarang, setiap orang sudah ada pasangan, walaupun uniform masih warna putih dan masih berlencana kan..?

bila mana alam pembelajaran semakin meningkat...usia matangku makin menjelma...mudah sgt melihat keseronokan luar...apa yang dijaga dulu sepanjang usia  20an habis hilang begitu saja..aku bukan lah alim sangat...dimata Pencipta, akulah manusia yang paling hina. tika diri aku ingt segala-galanya hati aku terus sayu...dijaga dari kecil tidak pernah menonton wayang, tidak pernah menyentuh laki-laki, tidak pernah membonceng motosikal lelaki akhirnya semua itu terjadi juga dek kerana kejutan budaya...Ya Allah, banyaknya dosa aku tika itu... memberi isi hati pada orang yg juga mgharapkan ikatan CINTA akan tamat dengan lafas "aku terima nikahnya" akhirnya berakhir begitu sahaja...cinta yang aku serahkan itu bagaikan merugikan diri ini saja bila si pencinta tidak menghargai isi hati yang tidak pernah lagi diberikan kunci hati pada sesiapa...hati aku masih suci dan tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki..tapi dek kerana rasa hidup remaja diluar memrlukan cinta juga, aku memberi hatiku sepenuhnya.. saat itu aku tak pikir lagi takdir yang akan terjadi di kemudian hari..

cinta yang diharap berkekalan akhirnya punah dan berkecai begitu sahaja..aku tak salahkan sesapa, yang aku tahu itu takdir yang dah ditentukan oleh Allah dimana saat nyawa aku tercipta dari dulu lagi...perjalanan hidup aku dan segala-galanya sudah tersurat dan tersirat disisiNya.. Aku bersyukur aku dilahirkan dari keluarga yang penuh dengan sikap kesabaran...walaupun kadang kala tangan masih menuliskan perkataan yang tidak enak dibaca, tapi hati masih mengingati Pencipta...aku bersabar dengan apa yang terjadi, Solat Hajat, Puasa sunat, Istikharah, zikir di waktu lapang, itu saja la pengubat aku...mana yang ada tika itu sangat faham isi hati yang terjadi pada diriku...menangis bukan kerana kecewa, tapi menangis kerana kerugian... rugi buat diri aku kerana aku telah menodai hati sendri sedangkan bertahun aku menjaga kesuciaannya...

Saat dimana aku dalam kesedihan, perlukan seseorang, Allah telah menghantar seorang hambanya... Ya....itu lah yang dikatakan kesabaran...tidak perlu merintih, menagih simpati dari orang lain, semua itu menjadi rahsia bagi Allah...Dia tahu apa yang akan terjadi, dan sebagai hamba hnya perlu berdoa... seorang yang aku kenal ini tidak mahu ikatan diteruskan dengan percintaan, ikatan yang sah sahaja yang dia mahukan untuk mencari Redha Allah...ya, jelas dan nyata, perkenalan yang terjadi hanya sementara...cukup kenal hati masing-masing dan utk segala-galanya biarlah diketahui di alam perkahwinan nanti...biarlah sekadar kenali dirinya dan keluarganya sudah cukup bagi aku utk kenal diri dia sepenuhnya..

bila diingat kembali, betullah kata orang tua-tua tau kata pepatah...bertahun bercinta tak semestinya kekal...cukuplah pengalaman mengajar segalanya sbb semua ini benar-benar terjadi dalam hidupku...Aku bersyukur aku melalui ujian sebegini dari Nya...kelak aku akan tahu bgaimana untuk mengawal emosi dan semua yang telah terjadi dalam hidup aku dah mamatangkan aku...aku harus tabah segala apa yang tersirat dan tersurat yang telah ditentukannya....

sekarang aku sedar, aku hanya insan yang menumpang di Bumi Allah ini...segala kebahagiaan, kekayaan, kemewahan yang diberikan hanyalah sementara...aku tak perlu menyerahkan jiwa raga aku untuk duniawi ini..apa yang mampu bagiku sekarang adalah terus bersyukur kerna Allah mendengar doa hambanya ini... Lafaz "aku terima nikahnya" dahulu buatkan aku yakin bahawa dialah cinta terakhir aku dan selama-lamanya aku akan bersamanya....aku bahagia bersama suami ku...segala-galanya dipenuhi impianku untuk membahagiakan aku... Kamarul Azman....itulah nama yang telah melngkapkan hidup aku...kini aku telah mempunyai zuriat dalam kandunganku hasil benih yang telah disemai olehnya.. Ya Allah...aku mohon, dengan ikatan ini aku dan dia akan terus kekal smpai ke Jannah...Mohon Redha dari Yang Maha Esa.... Amin....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik ni..Cube tengok