CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Macam Menarik...Cube Tekan Sini...

Umur Aku di Sini

Daisypath Happy Birthday tickers

JuSt Wait...SaVe The DaTe...

Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, June 23, 2010

LaGu PiLihAn aKu..~~

Lirik Lagu – Warkah

OST Sindarela
Lagu: Chot Ali Lirik: Chot Ali/Bahri Uma

Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada

>> masih melekat dalam ingatan aku..lagu ini pernah dimainkan oleh si dia dengan gitarnya buat aku... Dia msih mngingati lagu pilihan aku ini...dsbbkan itu, lagu ini aku jadikan sbgai bckground muzik wat blog aku...Luv u so much...aku msih ingat lagu ini mnjadi pilihan kami sblm aku bersama dngannya lagi...skrg untuk lyric yg terakhir aku cuba mngubahnya..."aku xkan melepaskan mu" cinta kita akan terus bersama selamanya....

Monday, June 21, 2010

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH






1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis
sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis
pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2.. "BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu
dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak
BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah
barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang
dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada
orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH
dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya..

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah
BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka
ada 19 (
QS.AL Muddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata:
"Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah
BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf
berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan
kamilah kehebatannya."

8.. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan
mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala
dosa kedua orang tuanya..

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala
gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak
tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan
kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang
yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah
keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.


Saturday, June 19, 2010

...hati & lidah...

Seorang ibu yang dermawan telah menghadiah seekor kambing kepada Loqman
al-Hakim seraya berpesan: "Sembelihlah kambing ini dan berikan saya
bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan." Setelah
disembelih, dikirimkan kepada ibu tersebut hati dan lidah kambing itu.

Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing
dan berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga kepadanya
sebahagian daripadanya. Pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian
yang terburuk yang dipesankannya, tetapi dimintanya bahagian yang
terbaik daripada kambing itu.

Setelah kambing disembelih, Loqman mengirim hati dan lidah juga kepada
ibu yang dermawan itu. "Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan
hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan kenapakah yang itu
juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik
daripadanya?" tanya ibu tersebut kepada Loqman. Loqman menjawab: "Hati
dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila kedua buruk maka
amatlah pula buruknya."

Mendengar jawapan itu, mengertilah ibu itu akan maksud Loqman, kerana
hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan; begitu juga sebaliknya
dari hati dan lidah itu terbit segala kejahatan dan keburukan.

Mata kadang salah melihat,
Mulut kadang salah berucap,
Hati kadang salah menduga,
Tiada pemberian yg terindah selain Maaf,
Tiada perbuatan yg lebih mulia selain Memaafkan.

UNTUK SI BERKUKU PANJANG & PEMAKAI CINCIN


Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hi lan g walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Sa w. kepada Sa idina Ali rhu. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Sa w. berpesan kepada Sa idina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara-
mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam
syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah
Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat
mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Thursday, June 17, 2010

Khasiatnya Surah Al-Kautsar.......


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah
dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripadabatu
permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik ni..Cube tengok