CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Macam Menarik...Cube Tekan Sini...

Umur Aku di Sini

Daisypath Happy Birthday tickers

JuSt Wait...SaVe The DaTe...

Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label ikhtibar. Show all posts
Showing posts with label ikhtibar. Show all posts

Wednesday, April 4, 2012

Bukan senang nk hidup senang..

welluuuuu...!!

lamanye aku mendiamkan diri kan....sekarang tup-tup aku dah bergelar tunangan orang...dalam tempoh bergelar tunangan orang ni macam-macam perkara aku dah belajar, aku dah mengharunginye..walaupun tempoh perkenalan isi hati mengambil masa yang singkat, tapi aku yakin, ape yang dah tertulis ni membawa aku ke jalan yang benar.. (^_^)V

*kita tutup kisah lama...itu semua menjadi kenangan aku, sekarang aku dah ade masa depan aku sendiri...aku akan terus kehadapan bersama-sama masa depanku* mana yang selalu mengikuti ceritera aku, pasti akan mengerti kata aku ini. hal yang lama usah diingat lagi..aku ibaratkan semua itu seperti satu album gambar kisah hidupku...boleh untuk aku kenang, tapi bukan untuk aku masuk semula ke alam gambar itu....liku-liku yang lepas aku lebih suka mengingati sepintas lalu...kenangan tetap kenangan...tapi yang harus aku teruskan adalah masa depan yang sudah tertulis :)

ehh...sudah la...cukup itu saja...tutup buku lama, buka buku baru okey...!! :) aku cadang aku nak tutup juga blog ni dan buka blog baru...tapi memandangkan tajuk utama aku moment of mine, so aku kenselkan niat aku tuk tutup blog ni...sekurang-kurang semua ni nanti menjadi kenangan tuk aku imbas kembali suka duka aku hehe...

berbalik kepada tajuk asal entry kali ni...bukan senang  nak idup senang..bukan susah gak nak idup susah.. dalam erti kata aku, bukan senang nak idup senang ni bergantung kepada kerajinan seseorang...kalau nak senang kena usaha sungguh-sungguh...jangan ambil ringan setiap apa yang diusahakan...dan kadang-kadang ade jugak yang suka ambil jalan mudah tuk senang dan akhirnya dia susah dikemudian hari... ohh..no no no...! korang semua jangan nak buat perkara yang singkat cam tu ok...:)

kadang-kadang dari mata kasar aku, aku tengok beberapa orang suka buat banyak kije dalam satu-satu bulan....means dia nak dapatkan gaji yang lebih..macam part time job la kan...dah ade kerjaya, tapi saje je suka-suka wat kije lebih masa..mungkin pada sesetengah orang, rugi kot tak de ape nak dibuat waktu terluang yang ada..24jam yang ade tak gunakan sepenuhnye lagi...nak shopping duit cukup-cukup makan je..so nk yang lebih dorang pon akan pakat cari kije lebih..bersusah payah sesorang tu akan berusaha tuk dapat kesenangan...thats why, korang yang kat luar sana jangan nak jeles orang tu ade duit banyak ke, kaya ke, dah memang patut dia dapat dengan ape yang dia usahakan...tak usah la nk pertikaikannye pulok kan..

okey, seterusnya...bukan susah tuk idup susah...paham tak maksud ni? dalam erti kata aku, ni yang jenis suka main jalan pintas la ni...ha...lebih kurang cam main tikam belakang jugak la...bukan lompat tikam plak...jangan salah faham ok..ade sesetengah orang suka kalau hidup ade jalan pintas...ni kalau jalan pintas guna usaha sendiri tak pe...tak tergolong dalam bahagian ni...yang aku maksudkan kat sini yang jenis nak cepaaaat je...buat pelaburan itu, ini, skim cepat kaya (tapi tak kaya kaya...makan roti ngan kaya je pas masuk skim tu ade la hehe) main tikam kawan dalam kerjaya...ha...yang cm ni cepat sangat la lingkup...sebab tu ade orang-orang tua dok cakap...bukan susah nak susah...dah kau cari susah...susah la badan kau nak tanggung plak..

ok...tuk dua ayat kat atas ni korang dah faham? ha...kalau tak faham, ulang balik baca dan hayati...kalau xpaham jugak boleh komen kat entry ni...setakat aku mampu aku akan cietr lagi...pas ni aku akan bawak ayat yang lain plak tuk kongsi sama-sama ngn korang kay..

Wednesday, November 16, 2011

Tafsiran Mimpi Menurut Islam

Salam ceria, salam muhibbah dari "MoMeNt of Mine" buat semua...:))


Alhamdulliah...akhirnya ada jugak mase aku curi hari ni tuk update blog aku setelah lama aku tinggalkan halaman ni...*narnye aku lupa password sebab last update ari tuh aku tuka password* kuikuikui...kay la, memandangkan aku kembali semula dalam wilayah ni, aku nak berkongsi sikit ngan korang semua mengenai mimpi yang aku rasa ada diantara korang pon nk tau jugak kan...


alololooooo....tomeynye dia hihihi..




Actually, tak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung kat dalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu jer.. namun, ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi orang-orang yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, sedangkan mimpi orang-orang yang tidak beriman umpama berita yang disebarkan oleh syaitan sebenarnya.


Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian
  1. Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
  2. Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
  3. Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
  4. Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
Bermimpi Akan Haiwan
  1. Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.
  2. Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.
  3. Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.
  4. Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.
  5. Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.
  6. Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan
  7. Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.
aku lak...?? aku ade mimpi ular besar time banjir..yg 2 plak ape dia ek maksudnye...?? huhu...kalau nak tengok lagi dengan lebih lanjut mengenai mimpi ni, korang semua boleh la pegi kat link sini. live and life atau pun boleh je search kat google...korang boleh la tau serba sedikit kan tentang ilmu-ilmuan ini...:))

*p/s: Sebahagian dari mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur(gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu kita tidur dan kebiasaanya mimpi yang benar selalu berlaku apabila keadaan kita tidur dengan nyenyak terutama 1 jam selepas lena tidur sehingga sebelum waktu subuh.
Setiap perkara yang berlaku, berserahlah kepada Qada dan Qadar kerana Allah SWT lah yang maha mengetahui. Wassalam.....:)

Wednesday, July 6, 2011

Lelaki & Wanita

Selamat datang buat pengunjung2 wilayah aku ni...semoge anda smuanye sihat2 belaka... kali ni aku rse entry aku asek ceter tntg perbezaan je kan..hehe...kali ni pulak ni aku dpt dr sumber kwn2 aku gak...cuma nk kongsi n jadikan ikhtibar wat aku n pengunjung wilayah ini... Mne yang betul jadikan panduan hidup, mne yg salah harap diamaafkan... untuk kali ni aku nk cube ceter tng perbezaan lelaki dan wanita.. setiap makhluk ade tanggungjawab n peranan masing2... kite semua kne jalankan dan corakkan hidup kita dgn sempurnanya...so, korg semua leh la kongsikan ape yg aku tulis ni ngn kwn2 korg k...:))


LELAKI :
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh  Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasadi bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Monday, October 4, 2010

10 PETANDA DIA JODOH KITA....... Sama-sama kita berkongsi..

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.



1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Wednesday, August 25, 2010

antara tahu @ xtahu @ wat2 xtahu...

salam teman, sahabat n kengkawan semua...^o^

kali ni nk kongsi serba sedikit kisah yg berlaku di Bulan Ramadhan yg Mulia ini...sedar atau x secara xlangsung banyak pahala dan dosa yang kita lakukan dari hari ke hari smpailah hari yang ke-15 bulan pose kali ni.... ada kalanya dosa yang kita lakukan menjadi perbalahan buat org2 yang ada disekeliling..

masuk cerita seterusnya...hmm..cerita ni xde kaitan antara yang hidup @ yg mati...cuma pengetahuan yang patut kita jadikan ikhtibar dan pengajaran wat diri kita lebih2 lagi dalam bulan pose cm ni...

ape yang aku dah lihat...aku ikuti gelagat org2 disekeliling, ada diantaranya yg suka mengambil isu dan status yang tidak munasabah smpai ada perbalahan diantara kaum dan juga agama yang tersendiri...mmg tidak layak padaku untuk mengatakan hal ini krana aku mengaku aku tidak lah mahir dan arif mengenai hal2 sebegini..cukup la aku sekadar memerhati dan lebih mengkaji tentang Nya...Allah yang Maha Esa...

pada ku satu sahaja...boleh jika kita mahu mengkaji dan meneliti agama selain Islam SEKIRANYA iman dan akidah yang ada pada kita cukup kuat untuk mempertahankan Agama Islam itu sendiri...tidak dinafikan di dalam Al-Quran juga ada menyentuh hal2 ini seperti

:Katakanlah (wahai Muhammad Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: Hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, samada dengan cara berdua (dengan orang lain) atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu). Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); dia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat)(surah saba':46)..

pelbagai isu, pelbagai cara yang kita boleh lakukan untuk mendapat keberkatan dari Allah...jika kite sudah terpesong, amat sukar untuk kita kembali ke pangkal jalan...jika diri masih menunding jari pada kesalahan org lain, kite sbnarnya masih belum cukup kuat untuk memperkatakan hal2 dosa dan juga pahala masyarakat...sebagai contoh mengenai isu bertudung bagi kaum wanita...jika ada segelintir diantara kita memperkatakan mengenai "orang yang tutup kepala belum tentu baik", haruslah difahami disini..sebelum mengucapkan kata2 sebegitu, kita haruslah memndang orang2 yang ada disekeliling kita... ibu kita, kakak kta, adik kita, kawan2 dan sedara mara kita...adakah mereka 2 xbaik dimata kita sndiri?? pikir2 kan lah sblm mengeluarkan kata2...boleh berkata sebegitu, tp haruslah kene dengan ayat dan memikirkan sensitivenye pada org lain...be careful with ur mouth before say smthing..

and again...jgn salahkan org lain yg xopen minded mengenai hal2 sebegini...klu ianya datang dari hati yang ikhlas n Iman yg cukup kuat untuk hadapi segalanya, ianya tidak menjadi masalah buat semua...tp klu lahir dari diri yg xberapa kuat n mahir mengenai agama sepertiku, cukuplah klu ianya sekadar meninggalkan dahulu pengkajian tersebut...ramai diantara org di luar sana memberi nasihat dan tunjuk ajar bkn ape...mereka kebanyakan sayang akan khuatiri diri kita terpesong...teguran n nasihat jgn lah dipertikaikan...berbalik kepada diri kita sndiri yg masih lemah ini seharusnya mengambil peluang yg byk...betullah kata diantara yg lain, Bab2 beristinjak diri sndiri pn xbrp nk tahu apatah lagi aurat sendiri, xperlulah kite menunjuk2 diri untuk memahami detail agama yg lain...

aku cuba bertanya kepada org yg mgkin lebih mahir bab2 sebegini...(perbualan aku bersama ustazah)

aku: salam ustazah, boleh sy tny sedikit?
ustazah: ye...tentang ape..?
aku: apa hukumnya kita mengkaji agama lain selain Islam? (skali pk cm xbpe bgus je soklan neh)
ustazah: kita nk mengkaji 2 dengan niat ape? klu niat nk cari kebenaran Islam xpe..tp dengan mengkaji 2 kite nk cari kelemahan Islam xleh la...dan kita mengkaji 2 mintak sekali petunjuk dari Allah..tp klu ikut Ijmak, haram kite kaji agama lain klu rase diri kite xkuat..
aku: serius ke ustazah?? (Astaghfirullah...mengucap aku kat situ)
ustazah: ye la...cm ni la...klu ada kengkawan yang cm 2, cube bgtau kt dia, dari dia kaji agama lain, baik dalami agama sendiri dulu..belum tentu agama sendiri dah abis selidik..
aku: (betul gak 2...aku pn xbpe bgus, tp sekurang2 aku tahu sblm aku nk post smthing diluar kawalan aku)...ok...klu bab pakai tudung...ade yg petikaikan yg tutup kepala pn belum tentu baik plak cm ne ustazah?
ustazah: Tudung 2 kan suruhan Allah, kite xleh ckp baik xbaik, sedia xsedia ke kita nk bertudung, tetap kena tutup aurat sebab 2 perintah..jgn wat jwpan cm artis..xnak hipokrit..
aku: (adeehhh..dan2 nk sebut artis hihi...betul gak 2)..ok time kaseh ustazah...nnt ade lagi masalah sy cube cari ustazah k...Salam..


panjang huraian aku kali ni...bukan ape...aku xnk satu mase aku terdengar cerita2 yg xsdap didengar....Nauzubillah...harap ianya cukup sekadar perkongsiaan dan juga pengajaran wat semua... kalau boleh elakkan, kite elakkan dari terus menjadi jahil disisi agama sendiri...sekian..

Monday, July 19, 2010

HanTaRan Al-Quran

Kepada mereka yg nak menghantar dan menerima hantaran..pk2 kn

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil.. “Sini pun cantik juga.. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil. Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah. “ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.. “Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum. “Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah. “Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli
masjid. “ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut. “Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel. Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba. Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad. “Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu. “Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib. Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku. “Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad, Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil. “Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL...MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil. Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala.. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim..Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya. Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran.. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama.. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu. Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari. Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

Wednesday, July 14, 2010

Tangan Yang Indah

Renungan buat semua....renung2 kan lah...=)


(Kepada sesiapa yang masih ada ibu... ) Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan ..

Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...

"mom ... U were da best in dis world for me ... start of my baby until now, no one can match da love dat u give 2 me ... mom .. there is nothing I can do other than pray for u every day .. hope u r happy always wif us"

p/s: jgn pernah merasa penat dngn kerenah @ dugaan dari ibu bapa kita...mereka telah byk bkorban untuk kita dari kecil smp la skrg..jgn sesekali leka atau membuat mereka tersentuh...sekian......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik ni..Cube tengok