*lebih fokus kepada tajuk asal*
bunga di hatiku...cam best je nk dijadikan tajuk utama kan hehe...actually, aku kat sini nak kongsi cerita tentang bunga ros je...warna dan maksud tersirat...but u ols semua must be understand ok...it's only for fun.. aku tak cakap pon cerita aku ni benar dari semua sudut, tapi mana yang aku tau, aku dah kaji aku nk kongsi sama ngn u ols ok... ros kat umah aku ade banyak kaler...hakikatnye kalau tak caya u ols tengok sendiri je la ek...boleh dikatakan tiap kali naik cameron, bunga pertama pilihan hati aku bunga ros..kalau tak sempat nak cari yang tanaman punya aku akan cuba dapatkan yang hiasan....hehe..it's so beautiful ok...aku tak cakap lak aku minah bunga kan, tapi tipula kalau dalam diri sorang wanita ni tak berdetik pun dia suka bunga kan...dah lumrah kan...pompuan=bunga, bunga=pompuan...korang penah dengar bunga=lelaki....?? kalau ada pun itu semua mat-mat bunga belaka... arkarkark..:D
ari ni aku nak membuka kesah si bunga ros...jika pandai menghayati, mesti ada diantaranya yang akan mula menafsirkan sesuatu dek rupa bentuk yang cantik, kelembutan kelopaknya bila disentuh dan keharuman baunya jika dihidu dengan iman dan hati hehee.. kadang kala ramai yang mula membuka mulut untuk menafsirkan bunga-bunga ini mengikut kaler sebelum membeli dan menjadikannya sesebuah hadiah..pada aku, tidak kisah warnanya sebagaimana, janji hati dan pemberian itu ikhlas ke atas sesuatu...iya kan..? :))
ini cuma kajian semasa yang sesaja aku layan kan kehendak ni mendangkan aku suke bunga ini..hehe...
Ros Merah
Melambangkan keberanian, keghairahan, kasih sayang, cinta yang tulus ikhlas dari hati seseorang pasangan. Jika bunga ini dikirimkan tanpa susulan kata-kata dari pengirim, sebenarnya ia sudah cukup menunjukkan seseorang tersebut ingin meuahkan "aku cinta padamu"
Ros putih
Melambangkan kesucian hati, Kerendahan diri dan kebenaran, kepolosan
Selalunya akan menjadi hiasan dalam gubahan bunga pengantin.
Ros Kuning
Membawa maksud Persahabatan, kelegaan, kegembiraan, keceriaan dan juga kebebasan
Ianya akan digunakan untuk menceriakan hari sesorang, ucapan tahniah kepada seseorang juga amat di syorkan jika diiringi kuntuman bunga ros kuning ini.
Ros Pink
menunjukkan kesyukuran keatas sesuatu perkara, kelembutan hati, mudah tersentuh sifatnya. ianya juga memaparkan kegembiraan seseorang itu. sesuai dengan warna nya yang lebut, jiwa si pemberi itu juga merupakan seseorang yang mementingkan hati dan perasaan si kekasih.
Ros peach
Melambangkan kesopanan, sifat keayuan warna ini memberikan makna kepada si pemberi. warna yang lembut dan ceria sangat sesuai bagi si gadis yang ayu dan bersopan santun.
Ros Pink Muda
warna ini jarang sekali nak...kalu nak pun, boleh dapat kat pameran, kedai yang besar-besar ataupun kat kebun bunga ros.. kat umah aku dulu ade satu pasu, tp sebab cuca dan sebab kemalasan aku time tuh, bunga ni tak bertahan lama..warna pink di tengah-tengah bunga ni amat menarik minat mata yang memandang...hakikatnya warna ini melambangkan kekaguman, kerahmatan ke atas sesuatu perkara..
oke..! itu je la antara sedikit sebanyak yang aku tau dan aku kaji...warna apa pun aku xkisah kalau ros ni, ia sememangnya cantik pada pandangan mata kasar aku..kalau pada pandangan mata halus aku, tak tau la ape aku nak cakap...banyak sangat tafsiran aku narnya haha...:D
ok2...time to focus on my job now...Haish..! cm nak ujan lak ari ni...dah la naik moto je...padan muka kau lia...nak sangat...terima je la akibatnye petang ni huhuhu...:p
salam senym manis ceria dari aku yang cute ...stay cute..!! :p
No comments:
Post a Comment