CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Macam Menarik...Cube Tekan Sini...

Umur Aku di Sini

Daisypath Happy Birthday tickers

JuSt Wait...SaVe The DaTe...

Lilypie Pregnancy tickers

Saturday, September 17, 2011

Cerita cinta

Tatkala angin aircond bertiup sepoi2 dalam office aku ni, aku tetibe tercetus ilham tuk meng-create satu entry lak kat sini hehe... e'eh jap...sebelum 2 salam pembuka bicara dulu buat tetamu-tetamu wilayah ni..:)) kali ni aku teringin nak menulis sebabnye aku tertarik kat satu topik dalam "wanita hari ini" xsilap aku dua tiga empat ari lepas...>>"CINTA BERKURUN, KAHWIN TAK JUGA"<< walaupon bukan waktu lunch lagi, aku rase aku sudah bersedia untuk mengarang sebuah cerita di sini hakhakhak...:D

cam gedik je aku ni kan...ala..xkesah pon kalau kau orang nak cakap aku gedik, pada aku orang2 yang jeles ngan hidup aku je yg akan cakap aku gedik...betul kan..? ha..sentap la 2...kalau rase sentap 2 bermakna kau orang jeles ngn aku kan...haha...dah2 ngarut lebih je aku ni...ni ha, narnye aku nk citer sikit la kat kau orang tentang kisah cinta...nk baca tak...?? pada aku citer ni haruslah dijadikan tauladan wat semua..xkira la kau orang ke ataupon aku...

ceter ni aku dengar dari seorang hamba Allah...kisah sahabatnye...agak sedih klu hayati betul2.. Nama ni aku letak sendiri je la k sbb aku terlupa nama sebenarnye huhuhu..Bermulalah sebuah cerita~~ Aisyah (bukan nama sebenar) telah mngenali seorang lelaki bernama Haikal (bukan nama sebenar) selama 5-6 tahun...kisah pecintaan yang dilalui bermacam- bersama..suka duka, pahit getir semua mereka pernah rasakan bersama...tp dalam mengharungi hidup bersama berstatuskan hanya pasangan kapel, kedua2 ni lebih byk bergaduh dari berbahagia...w/pun macam2 hal yang berlaku, ikatan cinta dalam hubungan dorang still lg kekal...sampai kepada satu tahap, Aisyah merasakan dirinya sangat2 tidak dihargai oleh Haikal...hari2 yang dilalui bersama banyak yang ditelan pahitnya..sikit pun Haikal tidak berubah..memainkan Aisyah tanpa pikirkan hati dan perasaannya... Aisyah semakin hari semakin sakit hati dengan sikap Haikal...

*sekadar gambar hiasan 

satu hari, kedua ibu bapa Aisyah menasihatkan kepada beliau supaya melupakan kekasih hatinya jika diri tidak bahagia dan buka pintu hati lain untuk Lelaki lain..sukar sebenarnya bagi sorang perempuan untuk buat keputusan macam 2...pada aku, perempuan sangat setia dalam percintaan jika hatinya ikhlas mencintai seseorang yang bernama lelaki ini...aku juga begitu...sukar untuk aku membuka pintu hati untuk orang lain sebab aku sangat setia menantikan cinta yang ikhlas..walhal aku juga takut kisah-kisah pahit berulang lagi jika aku bersama yang lain..ok2, berbalik kepada cerita tadi...Aisyah cuba mengikut kata hatinya...solat Istikharah dilakukan sepanjang malam untuk mencari pertunjuk dari Allah...

*sekadar gambar hiasan

beberapa lama kemudian, Aisyah sudah siap sedia untuk mengikut kata hatinya...membuka peluang kepada si teruna lain dalam mengisi ruang hatinya itu..Aisyah mengenali Shahrul (bkn nama sebenar-lelaki yang dipilih oleh kedua orang tuanya) dan mereka mula berkenalan sikit demi sedikit dan bait-bait percintaan hadir dalam diri mereka..dalam masa beberapa bulan, Shahrul telah melamar Aisyah untuk menjadi teman hidupnya dan mereka telah mengikat dengan ikatan pertunangan...kehidupan Aisyah kini berbeza...dipenuhi warna warni kehidupan yang sangat membahagiakan...Shahrul melayan dirinya seperti seorang permaisuri...mengajar tentang agama, memberi nasihat dan menghargai kedatangan Aisyah dalam hidupnya. Ini telah membuatkan Aisyah merasa tersentuh dan terasa dirinya sangat dihargai dan disayangi..

beberapa hari sebelum majlis perkahwinan mereka, Aisyah dikejutkan dengan satu berita, Shahrul terlibat dalam kemalangan sewaktu beliau pulang dari kerja..dan jangka hayat Shahrul sampai disitu sahaja..Aisyah sangat sedih dan tersentuh dengan apa yang berlaku..dirinya kini kosong kembali....Haikal datang semula untuk mengubat segalanya...tetapi Aisyah tidak menerima rayuan Haikal walaupun berkali-kali Haikal menyatakan yang dia akan berubah..pada Aisyah, ruang yang diberikan begitu lama dahulu bersama Haikal langsung tidak digunakan sebaik mungkin, tetapi kebahagian yang telah dikecapi bersama2 Shahrul dahulu selama beberapa bulan sangatlah indah...Aisyah cukup nekad dia akan cuba menantikan seorang lelaki lain dalam hidupnya seperti Shahrul bukan seperti Haikal yang tidak pandai dalam menggunakan masa yang diberi dahulu..kini Aisyah masih sendiri mengenang kisah cintanya bersama Shahrul..hanya didikan Agama, keikhlasan, kejujuran, dan sikap tanggungjwab sahaja yang menjadikan sesebuah pasangan itu bahagia kekal hingga akhir hayat...

okay...itu je citer yang dapat aku beri..kisah ni baru je jadi dalam bulan Syawal ni...aku cuma nak kongsi je ngan kau orang semua...bercinta sakan pun sebenarnya xguna kan...kadang-kadang makan diri sendiri juga...it's true ok... ha..lagi satu...korang penah x dengar lelaki selalu cakap..."perempuan ni kalau xtau masak, xtau kemas umah jangan harap la leh kahwin awal-awal"....tp korang yang lelaki ni plak penah ke dengar.."lelaki ni lau Agama tak cukup, diri xyakin lagi untuk jadi ketua keluarga jangan mimpi la nak kahwin"... err...pada aku antara dua ayat tu, yang paling penting dan utama adalah ayat kedua tu kan...memasak, mengemas, jaga makan minum lelaki semua tu boleh belajar pas kahwin...tp lau bab agama and jadi ketua keluarga yang baik, itu korang kne amik tau sebelum kahwin ok...barula umah tangga akan tersusun ngan elok...err...tul ke ape aku ckp ni?? haha...pada aku betul la kan...korang laki-laki ni jangan la main2 bab nak mendirikan masjid, berdosa tau...jadilah laki-laki yang bertanggungjawab dalam sesebuah kehidupan..:)))

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik ni..Cube tengok