Aisey…!! Tetiba lak aku neh ngn tetibe rse terpikir nk nolong bakal2 pengantin dalam pilihan mmbuat warna tema memasing..bkn ape, memandangkan ujung2 tahun cm ni, nk masuk awl2 tahun depan lak ramai yg wat majlis knduri kan…tp ade lagi segelintir yg mmpunyai masalh dalam pemilihan color bg memeriahkan diri dan jgk suasana rite..? nak pilih color apa? Hmm… kalau pemilihan warna tema majlis mmg boleh mengundang kebuntuan (kerana terdapat terlalu banyak warna di dunia ini:-)), apa kata kita lihat maksud atau simbolisme warna-warna yang biasa digunakan. Mudah-mudahan selepas ini, ko org akan mendapat idea untuk majlis pertunangan/perkahwinan yang bakal dilangsungkan…(^_*)V
1. Hijau
- Memaparkan suasana sejuk, ketenangan dan kesejahteraan
- Melambangkan cinta yang sihat dan seimbang
- Melambangkan kehidupan, pertumbuhan dan alam semulajadi
- Amat sesuai dan menyerlah jika hijau lembut digandingkan dengan rona krim atau putih
2. Biru
- Melambangkan kejujuran dan kemuliaan serta cinta yang tulus ikhlas
- Menunjukkan perasaan kasih sayang
- Warna sejuk yang melambangkan langit, air laut dan senja
- Menggambarkan ketenangan dan kelembutan hati seorang wanita
- Warna ini amat sesuai jika anda mengadakan majlis resepsi di tepi laut
- Warna biru juga amat cantik jika digandingkan dengan rona putih/krim
3. Merah
- Menunjukkan cinta sejati dan kehangatan cinta yang abadi
- Melambangkan keriangan dan memberi semangat yang membara
- Bersifat romantik dan dramatik
- Dianggap sebagai warna yang agak menonjol dan ‘garang’, namun ia memberi tenaga positif
Kepada persekitaran
- Sifat garangnya akan berubah menjadi lembut jika merah digandingkan dengan rona
putih/krim
4. Merah jambu (pink)
- Warna yang paling lembut untuk menunjukkan perasaan kasih sayang, keseronokan dan
kegembiraan
- Dianggap sebagai warna cinta sejati dan romantik
- Melahirkan rasa untuk berkongsi tenaga, emosi dan perasaan
- Ramai yang menyukai warna ini disebabkan oleh sifatnya yang lembut
5. Putih
- Dikatakan sebagai warna universal kerana boleh digandingkan dengan mana-mana warna
yang lain untuk membangkitkan seri serta daya tarikannya
- Melambangkan cinta sejati
- Melambangkan kesucian dan ketulusan hati
- Melambangkan kebersihan dan kelembutan
- Cantik dan menarik jika ia digandingkan dengan warna hitam
6. Kuning
- Warna yang melambangkan sifat optimistik dan ceria
- Ia juga menunjukkan perasaan gembira dan bahagia
- Mempunyai tenaga yang tinggi; justeru dapat menceriakan dan menyerikan suasana
7. Jingga
- Penuh bersemangat dan bertenaga, dan komited terhadap kehidupan
- Melambangkan kehangatan cinta
- Warnanya yang agak terang boleh dikurangkan dengan menggabungkannya dengan warna
putih/krim
8. Ungu
- Melambangkan sifat keayuan, keindahan dan kemegahan
- Warna yang segar, bersemangat dan bertenaga tinggi
- Melambangkan kewanitaan dan sifat keibuan
- Menunjukkan sikap yang positif dan mendamaikan
- Glamor dan penuh daya tarikan
9. Hitam
- Melambangkan sifat yang sofistikated dan dramatik
- Penuh misteri dan ketegasan
- Menyerlahkan sifat anggun dan elegen
- Lazimnya akan digandingkan dengan warna pasangannya – putih atau krim
And….ko org semua diingatkan bahawa maksud atau lambang warna-warna di atas hanyalah sebagai panduan semata-mata. Yang paling pentingnya, warna yang dipilih adalah warna yang berkenan di hati dan sesuai dengan majlis. Satu lagi, ko org kena ingat bahawa warna mempengaruhi banyak elemen di dalam sesuatu majlis itu misalnya warna pelamin, barang hantaran, pakaian pengantin, kad kahwin dan banyak lagi. So, ko org ambiklah sedikit masa untuk berfikir and choose wisely….!…:-)
No comments:
Post a Comment